fb fb fb fb fb

Lelaki maut kemalangan berhampiran kompleks Sogo

(Kemalangan membabitkan 3 buah kereta berham[piran Kompleks Sogo/Foto Bomba KL)


KUALA LUMPUR, 9 Mac- Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan 3 buah kereta di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini berhampiran Kompleks Sogo, pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa lelaki berumur 37 tahun yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan membabitkan 3 kereta pukul 6.47 pagi.

(Seorang mangsa lelaki berumur 37 tahun tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, meninggal di tempat kejadian/ Foto Bomba KL)

"Jentera dengan anggota seramai 7 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan tiga buah kereta model Proton Waja, Perodua Bezza dan Nissan Alphard," menurut kenyataan berkenaan pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Media Baharu