KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Perarakan 'KL International Suit Walk' yang mengumpulkan lebih 300 peserta termasuk selebriti pelbagai negara; mencipta sejarah selepas berjaya dinobatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Acara anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Tukang Jahit Malaysia itu, dilaksanakan di sekitar ibu kota hari ini.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata selain memperlihatkan keunikan para pereka dari negara-negara lain, acara seumpama ini juga berpotensi untuk mempamerkan keistimewaan industri tekstil tempatan.
Peserta yang lengkap berpakaian suit itu, berjalan kaki sejauh lebih 1 kilometer menuju ke Pavillion.
KL International Suit Walk merupakan sebahagian acara dari Persidangan Perikatan Industri penjahitan Asia ke-28 (FAMT 2024) yang bermula pada 2 Ogos lalu hingga esok.