fb fb fb fb fb

MBMB laksana garis panduan baharu kepada pengayuh beca

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan melaksanakan garis panduan baharu kepada semua pengayuh beca dalam meningkatkan mutu perkhidmatan produk pelancongan di negeri itu

BANDA HILIR, 22 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan melaksanakan garis panduan baharu kepada semua pengayuh beca dalam meningkatkan mutu perkhidmatan produk pelancongan di negeri itu.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata kira-kira 300 pengayuh beca yang berdaftar perlu menepati syarat ditetapkan sebelum memperbaharui lesen mereka yang akan tamat pada Disember depan.

"Pengayuh beca ini akan tamat tempoh lesen pada bulan Disember, jadi sebelum bulan Disember kita akan edarkan garis panduan kepada semua pengayuh beca yang berada di kawasan Banda Hilir untuk mereka bersedia membuat saringan antaranya saringan kesihatan, temu duga dan memastikan pengayuh-pengayuh beca ini faham situasi di Banda Hilir itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pengurusan Anjing Terbiar di Taman Warisan Jonker Walk, di sini pada Jumaat.

Tambah Shadan, tujuan pengenalan garis panduan baharu tersebut berikutan terdapat aduan dan rungutan yang diterima daripada pelancong mengenai perkhidmatan beca.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN