fb fb fb fb fb

MBI laksana kempen kitar semula minyak masak terpakai

(Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi merasmikan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai)

IPOH, 28 Julai- Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam usaha menjayakan hasrat rendah karbon menjelang 2030.

Bagi tujuan itu, setakat ini 53 metrik tan minyak berjaya dikumpul, melibatkan 1,400 premis perniagaan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin turut memaklumkan, selain dapat mengurangkan masalah pembaziran, program Ekonomi Kitaran, ini juga dapat menambah pendapatan peniaga dan industri kecil menerusi aktiviti kitar semula.

"Setakat ini kita mula bulan Mac lalu ini baru proses pendidikan sekarang ini kita utamakan dahulu peniaga-peniaga selepas ini kita akan pergi ke kediaman-kediaman tapi perlahan-lahan sebab ia benda baharu kalau terus 'enforce' nanti takut ada penentangan. Jadi kita mulakan secara mendidik,"katanya.


(Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin/ FB Majlis Bandaraya Ipoh)

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian program di Medan Selera Dataran Dato' Sagor, Ipoh.

Sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 525 premis telah diperiksa untuk pematuhan syarat perangkap minyak dan sebanyak 43 tawaran kompaun bernilai RM 10,600 telah dikeluarkan keatas premis yang gagal mematuhi syarat pemasangan perangkap minyak.

Sebanyak 260 notis dan surat amaran berkaitan pemasangan, pembersihan dan penyelengaraan perangkap minyak juga telah dikeluarkan kepada pemilik premis makanan.

MBI juga menurut Rumaizi dalam perancangan untuk mewujudkan satu aplikasi bagi memudahkan urusan pembayaran antara peniaga dan syarikat minyak terpakai berlesen atau diiktiraf pihaknya.

Media Baharu