fb fb fb fb fb

MOF sokong usaha NGO bantu ringankan beban rakyat

PRAI, 28 Julai - Kementerian Kewangan (MOF) memberi sokongan penuh kepada usaha badan bukan kerajaan (NGO) membantu masyarakat terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan.

Timbalan Menteri Kewangan, Tuan Sim Chee Keong berkata konsep kerajaan Malaysia Madani yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penekanan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan agar tiada rakyat yang terpinggir daripada mendapatkan akses kehidupan yang berkualiti.

(Timbalan Menteri Kewangan, Tuan Sim Chee Keong / FOTO FAIL)

"Memberi sokongan penuh Skim Penjagaan Kesihatan EQCare oleh Persatuan Bekas Kastam Malaysia (PERBEKAS) dan Persatuan Bekas Penjawat Awam & Swasta Malaysia (PEJASMA) yang memberi bantuan alat-alat penjagaan kesihatan kepada ahli PERBEKAS, PEJASMA dan keluarga serta orang awam yang memerlukan tetapi tidak mampu untuk membelinya.

"Kita mengharapkan PERBEKAS dan PEJASMA terus bergerak aktif membantu ahli ahli dan keluarga dan pesara-perasa kerajaan dan swasta yang memerlukan pembelaan dan kebajikan," katanya ketika berucap di Majlis Pengenalan Skim Penjagaan Kesihatan & Laman Web EQCare PERBEKAS & PEJASMA, di sini pada Khamis.

Pada majlis tersebut Chee Keong turut menyampaikan tiga buah kerusi roda dan alat penjagaan kesihatan kepada penerima-penerima yang terpilih.

Media Baharu