fb fb fb fb fb

MB Perak zahir kesedihan, ucap takzoah kepada keluarga mangsa kemalangan 5 pelajar

IPOH, 12 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan membabitkan lima pelajar awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian di facebooknya, beliau berkata tragedi tersebut amat memilukan dan menyentap emosi semua.

Tambahan lagi, kehilangan insan tersayang ketika hening Aidilfitri masih dirasai.

(Kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora
membabitkan di Lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS))

Beliau juga mendoakan semoga keluarga mangsa kuat dan cekal menempuh situasi duka ini selain mendoakan agar roh lima sahabat tersebut dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Media Baharu