fb fb fb fb fb

Monsun Barat Daya bermula 10 Mei-September 2025

Foto hiasan/ BERNAMA

PETALING JAYA, 10 Mei- Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 10 Mei 2025 dan akan berterusan sehingga September 2025.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sepanjang tempoh tersebut, taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat.

Keadaan cuaca itu boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu, sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka serta menggunakan air secara berhemah.

"Teruskan mengikuti media sosial rasmi dan laman web kami di www.met.gov.my untuk informasi cuaca terkini yang pantas dan tepat. Muat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih hanya di MET Malaysia", menurut METMalaysia dalam kenyataan.

ROSLINA BINTI DIN