
KRUBONG, 22 Mac – Kerajaan Negeri Melaka bersama jabatan dan agensi terlibat dalam keadaan siap-siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya negeri itu dilanda musim kemarau.
- Exco Datuk Rais Yasin mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka semasa musim panas dan kering.
- Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan peringatan supaya berhati-hati kerana situasi berangin dan panas boleh menyebabkan api merebak dengan cepat.
- Semua pihak diminta berhati-hati dan mengelak aktiviti pembakaran terbuka bagi mengurangkan risiko kebakaran.
- Pesanan itu disampaikan ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihadiri ramai pengunjung.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka Datuk Rais Yasin turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika musim panas dan kering.
“Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan peringatan supaya kita berjaga-jaga (mengelak) pembakaran terbuka. Situasi berangin dan panas boleh menyebabkan api merebak dengan cepat.
“Jadi saya berharap semua pihak berhati-hati dan tidak melakukan pembakaran terbuka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Perkarangan Stadium Hang Jebat, di sini.
Lebih 20,000 pengunjung pelbagai kaum hadir memeriahkan majlis berkenaan.