fb fb fb fb fb

MAYC Perak santuni asnaf dan anak yatim Parlimen Tambun

Foto FB vmaycperak

IPOH, 7 April -Sumbangan terus dihulur kepada golongan kurang bernasib baik menjelang sambutan Aidilfitri menerusi program Ceria Raya anjuran Persatuan Kelab Kelab Belia (MAYC) Perak.

Menurut Pengerusinya, Muhammad Naim Al-Amin Saharudin, seramai 30 keluarga asnaf dan anak yatim di Parlimen Tambun dirai menerima sumbangan hari raya daripada persatuan itu.

Program diadakan saban tahun itu, selain membantu meringankan golongan sasar, ianya juga bertujuan mendekatkan golongan belia dengan masyarakat setempat.

"Sebenarnya sasaran kita adalah 18 tahun ke bawah.

"27 daripadanya penerima adalah 18 tahun tahun dan ke bawah.

Mereka-mereka ini adalah sebenarnya bakal dan pelapis kepimpinan negara. Sudah tentu kita perlu ada kerjasama pertama dan apabila mereka melihat bahawa ini adalah NGO yang sebenarnya memberikan bantuan kepada mereka secara tidak langsung, esok hari apabila mereka jadi pemimpin mereka akan ada sifat yang sedemikian rupa", katanya demikian ketika
ditemui RTM pada Program Ceria Hari Raya MAYC Perak di Pusat Ekonomi Digital (PeDI), di Manjoi, di sini.

Selain sumbangan pakaian raya, ke semua anak-anak asnaf berkenaan turut menerima sumbangan duit raya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD