fb fb fb fb fb

Mayat tanpa kepala ditemukan di Pantai Rantau Abang

Mayat reput tanpa kepala ditemukan beberapa pengunjung di pantai Rantau Abang, Dungun

DUNGUN, 7 Januari- Satu mayat dalam keadaan reput tanpa kepala serta perkakaian koyak ditemukan beberapa pengunjung pantai Rantau Abang, Dungun.
 
Mayat berkenaan terdampar di pantai berkenaan kira-kira pukul 5.15 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, sepasukan anggota polis telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.
 
"Polis sedang melakukan siasatan bagi mengenalpasti identiti mayat berkenaan dan ianya dipercayai seorang lelaki.

"Polis tidak menolak kemungkinan mayat berkenaan telah dihanyutkan arus ombak ke daratan pantai," katanya.
 
Bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan termasuk di lokasi penemuan itu sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.
 
Polis turut meminta orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga untuk tampil menghubungi polis.
 
Setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat berkenaan dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI