fb fb fb fb fb

Mayat remaja lelaki ditemui tergantung di ruang dapur

ALOR SETAR, 3 Oktober - Seorang remaja lelaki ditemui tergantung di ruang dapur rumahnya di Kuala Kedah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata mangsa berusia 19 tahun itu dikatakan dijumpai abangnya yang baru pulang dari laut, kira-kira pukul 4 petang.

Ahmad Shukri berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki pada sebelah petang berhubung insiden terbabit.

"Hasil temu bual dengan abang si mati, dia memaklumkan mendapati adiknya berada dalam keadaan tergantung di ruang dapur rumah mereka.

"Mangsa adalah anak bongsu daripada empat beradik dan bekerja sendiri," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, tempoh kejadian dianggarkan berlaku sekitar jam 12 tengah hari hingga 4 petang.

"Pihak ambulans dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kemudian tiba di lokasi untuk pengesahan kematian mangsa pada jam 5.40 petang

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berdepan masalah ketidakstabilan emosi. Mereka boleh kongsikan masalah atau dilema dihadapi dengan sukarelawan terlatih di Befrienders.

Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Befrienders boleh dihubungi melalui talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk bantuan. Panggilan adalah percuma.

Media Baharu