fb fb fb fb fb

Mayat lelaki dkhuatiri lemas, ditemukan 10 meter dari motosikal

Foto BERNAMA

DUNGUN, 2 Disember- Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika cuba menyeberang laluan utama di Felda Kerteh 3, semalam ditemukan kira-kira pukul 2.15 petang tadi. 

Komander Operasi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) Terengganu (Zon 2) Mohd Zailani Abdullah memaklumkan, mangsa Wan Muhammad Firdaus Wan Nasir, 36 tahun ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi motosikalnya ditemukan tengah hari tadi.

"Operasi mencari dan menyelamat kita mulakan pagi tadi. Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang dan lemas di kawasan ini ditemukan pada pukul 2.15 petang.

"Kita menguruskan mangsa lebih kurang 20 minit untuk membawa mangsa ke darat dan seterusnya kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita di sini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI