fb fb fb fb fb

Mayat juragan ditemukan, tiga lagi mangsa bot karam Sungai Kaba masih hilang

FOTO JBPM Sarawak

SARATOK, 27 September - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemukan mayat seorang juragan tempatan yang hilang dalam insiden bot karam di Sungai Kaba, lewat petang semalam.

Mangsa, Mohamad Asfar Sulaiman, 25 tahun, ditemukan pada pukul 9.37 pagi dalam keadaan terapung, kira-kira 50 meter dari tebing sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan identiti mangsa selepas ahli keluarganya membuat pengecaman.

“Mayat Asfar telah dibawa ke Hospital Saratok untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi RTM di Kuching.

Beliau turut memaklumkan, usaha kini dipergiat bagi mengesan tiga lagi mangsa yang masih hilang, iaitu Karyono, Gunawan Pawadi dan Dudianto Papani.

Dalam kejadian lewat petang semalam, sebuah perahu yang membawa 10 pekerja buruh termasuk seorang warga tempatan dilaporkan karam pada kedudukan 150 meter dari Sungai Kaba.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE