fb fb fb fb fb

Masjid Al-Firdausi terima sumbangan RM50,000 untuk naik taraf dapur

FOTO FB Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 20 Mac- Masjid Al-Firdausi, Segambut menerima sumbangan berjumlah RM50,000 daripada ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh bagi tujuan menaik taraf dan melengkapkan dapur masjid tersebut.

Hannah yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata sumbangan itu diharap dapat memudahkan pihak masjid dalam penyediaan makanan untuk ahli kariahnya terutama pada bulan Ramadan.

"Masjid Al-Firdausi telah memaklumkan bahawa dapur mereka memang kurang selesa sebelum ini dan mereka perlu buat persiapan untuk masak bersama setiap hari pada Ramadan," katanya kepada media pada Program Nur Ramadan Peringkat Parlimen Segambut di Masjid Al-Firdausi, semalam.

Hannah turut menyamaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM200 seorang turut diagihkan kepada 300 penduduk Segambut yang memerlukan bantuan.

Sementara itu, itu Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Ismadi Sakirin ketika ditemui memaklumkan, sumbangan hasil usaha sama antara Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Segambut dan DBKL itu diharap dapat meringankan beban masyarakat di kawasan parlimen tersebut.

"Bagi pihak DBKL saya ingin merakamkan terima kasih kepada YB Hannah Yeoh atas kerjasama yang diberikan dan untuk makluman Program Nur Ramadan ini akan diadakan di semua 11 kawasan parlimen di Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya setakat ini enam program telah diadakan manakala selebihnya akan diadakan minggu hadapan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE