fb fb fb fb fb

Masalah kutipan sampah di Manjoi dan Meru, Ipoh dijangka selesai esok

IPOH, 12 Mei - Masalah kutipan sampah tertunggak di Manjoi dan Meru, Ipoh dijangka selesai esok.

MajuPerak Utilities Management Sdn Bhd (MUMSB) menerusi satu kenyataan berkata, sehingga kini pihaknya telah menyelesaikan 90 peratus masalah tersebut dengan menyediakan pasukan tambahan daripada kawasan lain.


(Masalah kutipan sampah tertunggak di Manjoi dan Meru, Ipoh dijangka selesai esok)

Jelasnya, sebanyak 19 buah lori sampah telah digerakkan melibatkan 102 orang pekerja.

Pihak MUMSB juga telah menyediakan pasukan peronda tambahan, 5 buah lori serta 29 pekerja bertujuan menyelesaikan aduan daripada penduduk.

Berikutan itu, operasi kutipan sampah domestik dijangka kembali normal dan mengikut jadual yang ditetapkan pada hari Jumaat.

Selasa lalu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, isu kutipan sampah tertunggak dikatakan berpunca daripada masalah kekurangan pekerja oleh pihak kontraktor yang dilantik.

Gangguan turut berpunca daripada peningkatan sampah sebanyak tiga kali ganda disebabkan hari raya dan penganjuran rumah terbuka.

Media Baharu