Markas PPM Wilayah Tiga Tok Bali perkukuh penguatkuasaan

Markas PPM Wilayah Tiga Tok Bali dijadual beroperasi November ini merupakan pelaburan strategik

PASIR PUTEH, 3 September – Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Tok Bali di sini yang dijadual beroperasi bermula November ini diyakini berupaya memperkukuh keupayaan operasi pasukan dalam aspek pemantauan, rondaan serta penguatkuasaan khususnya di perairan Pantai Timur.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedudukan markas bersebelahan Sungai Semerak dan berhampiran pesisir membolehkan PPM melaksanakan operasi dengan lebih berkesan.
  • Kemudahan jeti, rumah bot dan bengkel mekanikal meningkatkan tahap kesiapsiagaan aset serta anggota.
  • Keupayaan ini menyokong tindakan penguatkuasaan terhadap ancaman dan kegiatan menyalahi undang-undang demi keselamatan perairan negara.
  • Projek bernilai RM80.01 juta dibina di atas 13.46 ekar sebagai pelaburan strategik memperkukuh kesiapsiagaan PPM.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yakin kedudukan strategik markas bersebelahan Sungai Semerak dan berhampiran
kawasan pesisir membolehkan PPM melaksanakan operasi dengan lebih berkesan.

“Kemudahan jeti, rumah bot serta bengkel mekanikal yang disediakan turut membolehkan tahap kesiapsiagaan aset dan anggota dipertingkatkan.

“Keupayaan berkenaan penting bagi menyokong tindakan penguatkuasaan terhadap pelbagai ancaman dan kegiatan yang menyalahi undang-undang, sekali gus memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara,”katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Siap Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Tok Bali.

Markas baharu itu dibangunkan dengan nilai kontrak RM80.01 juta di Semerak, Pasir Puteh, di atas tanah seluas 13.46 ekar dan pembangunan berkenaan merupakan pelaburan strategik
dalam memperkukuh keupayaan operasi serta kesiapsiagaan PPM menjaga keselamatan perairan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.