fb fb fb fb fb

Marhamah Rosli angkat sumpah Senator, dilantik Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama

Penceramah agama Marhamah Rosli, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu, mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah petang ini/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Penceramah agama, Marhamah Rosli, secara rasmi mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, pada petang ini.

Pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 15 Disember 2028, mengikut peruntukan Perkara 45(3) dan 45(3A).

Datuk Awang Bemee turut merakamkan ucapan tahniah kepada Senator yang baharu dilantik serta mendoakan agar amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sepanjang tempoh perkhidmatan.

Pelantikan Marhamah Rosli adalah sebahagian daripada rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini. Rombakan tersebut turut melibatkan pertukaran portfolio beberapa menteri dan timbalan menteri serta pengenalan beberapa wajah baharu sebagai timbalan menteri.

AMIRULL SHAFFIQ BIN ABDUL GHANI