fb fb fb fb fb

MAPIM kumpul hampir RM5 juta, bantu Palestin

Mohd Azmi Abdul Hamid

SUNGAI PETANI, 25 Oktober- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengajak rakyat Malaysia, tampil memberikan sumbangan bagi membantu penduduk Gaza di Palestine yang kini menderita akibat keganasan rejim zionis Israel.

Setakat ini, MAPIM mengumpul hampir RM5 juta untuk membeli barangan diperlukan termasuk air mineral, makanan, ubat-ubatan, khemah dan pakaian kerana musim sejuk akan melanda di Gaza.

Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kesemua bekalan barangan terkumpul akan diterbangkan ke Gaza dengan kerjasama Kementerian Pertahanan.

"Keadaan amat berbahaya dan tiada satu inci pun kawasan Gaza itu selamat. Hospital, sekolah, masjid, gereja, kediaman dan klinik dibom.

"Tanah kubur turut dibom, sehingga sampai tahap peringkat itu. Bayangkan tiada apa lagi yang boleh bertahan di Gaza," katanya kepada pemberita selepas Majlis Cakna Komuniti di SK Amanjaya di sini.

Bantuan bekalan akan menggunakan kemudahan di dua lapangan terbang di Kaherah dan di Arise, Mesir sebelum dibawa menggunakan lori ke Rafah sebelum memasuki Gaza.

Mohd Azmi berkata sumbangan itu juga untuk membeli kain kafan berikutan angka kematian rakyat Palestin mencecah 400 hingga 500 orang sehari.

MAPIM juga menyasarkan kutipan dana sumbangan RM1 juta daripada orang ramai khususnya di Kedah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI