fb fb fb fb fb

Malaysia-China perkukuh kerjasama perniagaan menerusi BROVI

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Malaysia dan China memperkukuh kerjasama perniagaan antara kedua-dua negara dengan memperkenal Program Belt and Road Overseas Venture Incubator (BROVI).

Pelancaran dibuat pada Simposium Belt and Road Malaysia (BRSM) 2023, bertujuan melakar perjalanan ke arah pembangunan kerjasama Malaysia MADANI dan Inisiatif Belt And Road (BRI).

"Kedua-dua konsep iaitu Malaysia MADANI dan BRI berkongsi matlamat yang sama untuk mencapai matlamat pembangunan yang komprehensif dan mampan kepada rakyat tanpa mengira kaum, kelas sosial atau agama.

Begitu juga, Malaysia dan China yang kaya dengan pelbagai sejarah dan budaya, berdiri sebagai dua negara yang mempunyai nilai yang sama," kata Fadillah dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Simposium BRI Malaysia 2023, di ibu negara.

Menurut Datuk Seri Fadillah, Malaysia telah mendapat manfaat yang besar daripada pertumbuhan ekonomi China yang pesat sejak beberapa dekad lalu, menjadikan China sebagai rakan dagang terbesar negara.

Simposium juga menandakan perasmian Institut BRI Malaysia-China (MCBRI) dan BROVI untuk memupuk kerjasama akademik antara kedua-dua negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM