fb fb fb fb fb

Polis Kelantan tahan lelaki Thailand dan rampas 12,000 pil yaba

FOTO HIASAN

KOTA BHARU, 25 Oktober - Seorang lelaki warganegara Thailand ditahan dan merampas 12,000 pil yaba anggaran berat 1,200 gram yang bernilai RM132,000 dirampas di sebuah wakaf di tepi Pengkalan Kuala Tat, Kuala Jambu, Tumpat semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat Superitenden Ibrahim Husin dalam satu kenyataan berkata tangkapan dibuat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tumpat kira-kira pukul 7.30 malam, setelah mendapati lelaki itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi wakaf berkenaan.

Hasil pemeriksaan, polis menjumpai 48 peket plastik warna biru dan 12 peket plastik warna merah jambu mengandungi pil yaba.

Hasil ujian mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama tujuh hari hingga 31 Oktober ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

TETITIA YUSOFF