fb fb fb fb fb

Manoharan dilantik Ketua Pengarah Pelancongan baharu

FOTO Facebook Tourism Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Februari- Manoharan Periasamy dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang baharu.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia dan Afrika) di Tourism Malaysia.

Tourism Malaysia menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah diatas pelantikan bekas Pengarah Tourism Malaysia India itu.

Manoharan pernah berkhidmat selama tiga penggal berturut-turut sebagai Pengarah Tourism Malaysia untuk India.

Beliau memainkan peranan penting dalam menubuhkan pejabat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan pertama di Mumbai pada 2001.

Manoharan menggantikan bekas Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

ROSLINA BINTI DIN