fb fb fb fb fb

Manis Mysteria spesies tenggiling baharu ditemukan

(Foto REUTERS)

BANGKOK, 26 September- Spesies kesembilan tenggiling telah ditemukan dan dikenali dengan nama sementara iaitu Manis Mysteria.

Menurut jurnal Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, haiwan kecil, bersisik dan terancam itu ditemukan menerusi analisis sisik yang dirampas.

"Sisik dirampas di Hong Kong tersebut tidak termasuk dalam lapan spesies tenggiling sebelum ini.

"Spesies berkenaan jarang ditemui dan terdapat tanda-tanda ia mungkin akan pupus.

"Tenggiling sebagai mamalia yang paling banyak diperdagangkan di dunia.

"Daging dan sisik tenggiling digunakan dalam perubatan tradisional,' kata jurnal berkenaan.

Sementara itu, ahli pemuliharaan berkata lebih sejuta tenggiling diburu daripada hutan setakat 2014.

Semua perdagangan haiwan tersebut turut diharamkan sejak 2016. - AFP


(Foto REUTERS)

Media Baharu