SEPANG, 26 September- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Jabatan Perikanan (DOF) terus melaksanakan pemantauan di perairan negara berhubung kemasukan produk sejuk beku dari luar bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain memaklumkan setakat hari ini, kemasukan produk hasil perikanan Jepun mematuhi prosedur import dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
"Kita telah mengambil sampel ikan khususnya spesies ikan yang berhijrah ataupun spesies Megaris dan kita kita telah hantar kepada Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) untuk dianalisis.
Kita dapati tiada yang melebihi daripada paras yang dibenarkan di bawah Cordex. Namun, pemantauan tetap dilakukan untuk memastikan rakyat kita dapat bekalan ikan yang selamat untuk dimakan tanpa ada sebarang kemungkinan pencemaran dari sisa radioaktif," kata Adnan kepada pemberita semasa hadir dalam Seminar Pelaburan Subsektor Perikanan di Sepang.
Tambah Adnan, pihaknya akan terus berganding bahu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi memastikan memastikan hasil perikanan di pasaran bebas bahan tercemar.
(Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain)