fb fb fb fb fb

Mangsa rumah runtuh di Kpg Bakol bakal terima rumah baharu

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal

LIMBANG, 13 September - Mangsa rumah runtuh di Kampung Bakol di sini bakal menerima rumah baharu hasil peruntukan kerajaan negeri dengan kos dianggarkan antara RM80,000 hingga RM85,000.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Pejabat Residen akan menyediakan laporan kepada Jawatankuasa Bencana untuk tindakan segera.

“Insya-Allah, rumah baharu itu dapat dibina pada tahun depan,” katanya ketika melawat keluarga mangsa rumah runtuh di kampung berkenaan, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, mangsa turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tabung Baitulmal Sarawak, serta pertubuhan bukan kerajaan.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang pada 6 September lalu, Zakri Zainal sekeluarga hilang tempat berteduh selepas rumah mereka roboh akibat hujan lebat berterusan.

Keadaan itu menyebabkan paras air naik mendadak dan melemahkan struktur tanah.

Bagaimanapun, ketika kejadian mangsa dan keluarganya tidak berada di rumah.

GRACE AISYAH KEDAYAN