fb fb fb fb fb

Mangsa peperangan di Yaman terus dibantu NGO

BANGI, 30 Mac - Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Sahabat Fitrah meneruskan misi kemanusiaan dengan melancarkan Tabung Bantuan Sahabat Fitrah bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa peperangan di Yaman.

Pengerusinya, Ustaz Mohd Firdaus Ahmad berkata pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM2 juta bagi disalurkan kepada umat Islam di Yaman yang menghadapi kesulitan akibat peperangan.

"Macam contoh peperangan di Yaman ada beberapa pelarian yang tinggal di kawasan kem dan tidak dapat pembelaan sewajarnya, jadi kami hantar bantuan dan war-warkan kesedaran rakyat Malaysia untuk isu ini dan beri bantuan sewajarnya. Kami bagi 1,000 tong air yang mana satu tong memuatkan dua liter air yang boleh guna sebanyak 35 buah untuk kem di sana, " kata beliau ketika ditemu bual Berita RTM selepas program penyampaian bantuan tersebut, di sini.


(Pengerusi Pertubuhan Sahabat Fitrah, Ustaz Mohd Firdaus Ahmad ketika ditemu bual Berita RTM) 

Jelas Mohd Firdaus, bantuan terdiri daripada pembelian keperluan makanan, agihan air bersih dan juga bekalan perubatan khusus untuk mereka yang berada di kem pelarian di Yaman.

Selain itu, dana tabung tersebut juga akan disalurkan kepada projek bantuan kemanusiaan dan kebajikan yang lain yang berada di bawah Pertubuhan Sahabat Fitrah.

Media Baharu