fb fb fb fb fb

Manfaatkan SARA, belanja di lebih 4,600 kedai seluruh negara

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 29 Ogos - Orang ramai diingatkan agar memafaatkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan disalurkan kepada setiap warganegara bermula Ahad ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, bantuan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas di lebih 4,600 kedai terpilih di seluruh negara.

"Untuk manfaatkan RM100 yang diberikan secara sekali bayar, bantuan ini boleh ditebus dari 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.

"Untuk semakan boleh layari pautan rasmi SARA, iaitu di 'sara.gov.my' atau laman web rasmi MyKasih yang telah dibuka pada 21 Ogos yang lalu," katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian RM100 secara sekali bayar kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas bersempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Ia merupakan antara langkah segera untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat.
 

MASNIZA AWANG KECHIK