WELLINGTON, 17 Julai - Malaysia dan New Zealand kini dalam proses memuktamadkan satu Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan bidang pengurusan bencana.
Usaha itu bakal menjadi mercu tanda kepada kerjasama yang lebih berstruktur dan berkesan buat kedua-dua negara, demi keselamatan rakyat dan kesiapsiagaan serantau yang lebih kukuh.
Kolaborasi itu dizahirkan menerusi kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan National Emergency Management Agency (NEMA) New Zealand.
Ia menerusi lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke National Crisis Management Centre di Beehive Bunker di sini.
Lawatan itu juga bukan sekadar simbolik, sebaliknya membawa misi memperluas kerjasama strategik merangkumi perkongsian maklumat, pendidikan serta latihan keselamatan bencana, termasuk simulasi menyelamat dan pengurusan logistik mangsa bencana.