WELLINGTON, 17 Julai - New Zealand menzahirkan minat yang tinggi terhadap industri halal, sekali gus berhasrat menjadi rakan strategik Malaysia.
Bukan hanya daripada sudut pensijilan tetapi juga sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas pertemuan bersama Menteri Pertanian, Perhutanan, Perdagangan dan Pelaburan New Zealand, Todd McClay.
New Zealand turut menyatakan kesediaan untuk menyambut eksport produk pertanian Malaysia, khususnya buah-buahan tropika seperti nanas.
Sekali gus menyatakan komitmen untuk membuka lebih banyak peluang pelaburan bagi syarikat Malaysia dalam sektor pembinaan di New Zealand.
Pertemuan itu juga berjaya mencapai satu kesepakatan strategik untuk memperluas hubungan perdagangan dua hala.
Ini termasuk termasuk penglibatan aktif New Zealand dalam platform seperti ASEAN-GCC-China Summit dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) demi memperkasa integrasi ekonomi rantau Indo-Pasifik.