fb fb fb fb fb

Malaysia, Uzbekistan boleh jalin kerjasama dalam bidang berkaitan kepentingan umat Islam

Datuk Seri Anwar pada Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Uzbekistan-Malaysian di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand

SAMARKAND, 19 Mei- Malaysia dan Uzbekistan boleh menjalinkan perkongsian strategik khas dalam bidang baharu termasuk berkaitan kepentingan umat Islam.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia berikutan kedua-dua negara majoritinya adalah Islam.

"Keupayaan masa depan kita bergantung bagaimana kita membina kekuatan (bersama)."

"Kita harus sentiasa berusaha untuk melengkapi antara satu sama lain,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Uzbekistan-Malaysian di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand.

Tambah beliau, Malaysia dan Uzbekistan juga boleh memberi tumpuan kepada pendidikan dan bidang baharu dalam digital terutamanya Kecerdasan Buatan (AI).

Forum perniagaan yang berlangsung di Samarkand semalam menyaksikan penglibatan 16 tokoh industri daripada 16 syarikat terkemuka Uzbekistan.

Secara keseluruhan, forum tersebut berjaya menarik 200 peserta dan syarikat-syarikat dari Malaysia dan Uzbekistan membabitkan pelbagai sektor termasuk minyak dan gas, kejuruteraan, pembinaan, makanan dan minuman dan peranti perubatan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan Jamshid Khodjaev.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE