fb fb fb fb fb

Malaysia ucap takziah kepada Korea Selatan

(Tangkap layar twit Datuk Seri Saifuddin Abdullah)

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Satu ucapan takziah Malaysia dizahirkan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah kepada rakyat Korea Selatan atas insiden rempuhan pada pesta Halloween di Itaewon, Seoul, pada Sabtu malam.

Beliau turut melahirkan rasa sedih atas tragedi itu yang telah mengorbankan 153 orang.

Menerusi satu twitnya beliau bekata,“Bagi pihak rakyat Malaysia, saya menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Korea Selatan dan mendoakan supaya keluarga mangsa yang terlibat diberi kekuatan & semua yang tercedera diberikan kesembuhan,” katanya di akaun Twitternya, malam ini.

Beliau turut menambah Kementerian Luar melalui Kedutaan Malaysia di Seoul akan terus memantau situasi itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan agar berhubung dengan pihak kedutaan melalui talian +821089748699.

Sementara itu, 19 daripada 153 yang terkorban dikenal pasti sebagai warga asing berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway manakala 82 lagi dilaporkan cedera.

(Mayat mangsa di daerah Itaewon ditutup dengan selimut /AFP)

Berita berkaitan :
Sekurang-kurangnya 153 maut, 103 cedera rempuhan Halloween di Itaewon

Media Baharu