fb fb fb fb fb

Malaysia-Thailand sepakat tubuh pasukan petugas, perkukuh hubungan

(Srettha Thavisin dan Anwar Ibrahim pada majlis makan malam di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya, malam tadi/PMO)

PUTRAJAYA, 12 Oktober- Pasukan petugas khas akan dibentuk bagi memperkukuh kerjasama kedua-dua negara antara Malaysia dan Thailand.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama tersebut melibatkan sektor pelancongan, pertanian dan kawalan sempadan, sekali gus meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

"Semoga dalam tempoh sebulan, kami akan bertemu kembali selepas laporan (pasukan pertugas khas) dihantar kepada saya dan Perdana Menteri, Srettha Thavisin.

"Saya pasti, berdasarkan rekod dan kesungguhan beliau dalam membangunkan hubungan daripada segi praktikal, kita akan membandingkan hasil laporan dan melaksanakannya dengan berkesan," katanya dalam sidang akhbar bersama sempena lawatan kerja Srettha ke Malaysia di sini.

Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand itu, Anwar turut menyentuh rancangan Proton-Geely untuk membuka kilang di negara terbabit.

Beliau yakin ia bakal membawa manfaat kepada Proton berikutan pengalaman luas Thailand dalam industri automotif.

Sementara itu, Srettha pula menyatakan hasrat untuk mendapatkan kepakaran Malaysia dalam memperluas sektor halal Thailand.

Anwar turut mengadakan majlis makan malam bersama rakan sejawatannya itu di Kompleks Sri Perdana, di sini.

Media Baharu