fb fb fb fb fb

Malaysia-Thailand sasar peningkatan nilai dagangan AS$30 bilion menjelang 2027

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 16 Disember- Malaysia dan Thailand komited meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala. Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim langkah itu penting bagi mencapai sasaran nilai perdagangan AS$30 bilion dolar Amerika menjelang 2027.

Fokus tertumpu kepada pembangunan sektor getah dan halal secara bersama.

"Kita kelihatan sangat bercita-cita tinggi. Namun, dengan melihat potensi ekosistem yang besar di Thailand dan Malaysia, terdapat beberapa perkara yang perlu kita fokuskan untuk diusahakan," kata Datuk Seri Anwar kepada pemberita dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra, di sini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar turut memaklumkan kemajuan besar projek pembinaan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ di Sadao bukti kerjasama terbaik antara Malaysia-Thailand.

"Kemajuan besar bagi jajaran jalan, ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao dan sudah tentu struktur, penghubung jambatan kedua di Thailand melibatkan Rantau Panjang - Sg. Golok, Thailand. Perkara ini akan meningkatkan kerjasama antara negara.

Ini sekali gus menyelesaikan isu pengurusan air dari segi tebatan banjir di Selatan Thailand serta di bahagian Pantai Timur negara khusus di Kelantan dan Terengganu," tambahnya.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM