KUALA LUMPUR, 3 Disember- Seramai 26 juta pelancong asing direkodkan masuk ke negara ini dalam tempoh 1 Januari hingga 15 November lepas.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata angka itu dijangka meningkat berikutan pelaksanaan pengecualian visa untuk rakyat China dan India selama 30 hari bermula 1 Disember lalu.
Beliau berkata, kerajaan bersedia menerima peningkatan kemasukan pelancong asing terutamanya dari China dengan pemantauan tahap kesihatan pelancong di pintu masuk negara yang sentiasa dipertingkat dan dikawal selia Kementerian Kesihatan (KKM).
"KKM sudah kawal, membuat pemeriksaan dan lain-lain yang sepatutnya. Sama juga, China juga ada sediakan kawalan semua," katanya kepada media semasa sesi tinjauan mesra sempena Sambutan Hari Batik Malaysia 2023 di sini.