fb fb fb fb fb

Malaysia, Suriname bertukar pandangan untuk tingkatkan kerjasama

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya dari Suriname, Albert Ramdin membincangkan kerjasama di masa hadapan antara Malaysia dan negara yang terletak di utara Amerika Selatan itu, dalam satu perbualan telefon baru-baru ini.

Kementerian Luar Malaysia dalam hantaran di laman Facebook berkata semasa perbualan itu, kedua-dua menteri bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama antara Malaysia dan Suriname terutamanya dalam sektor perdagangan dan pelaburan, selain daripada industri minyak dan gas.

Ramdin juga menyampaikan hasratnya untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada minggu kedua Julai.

TETITIA YUSOFF