fb fb fb fb fb

Malaysia sumbang ubat-ubatan bernilai lebih RM200,000.00 kepada Ukraine

PUTRAJAYA, 7 Februari- Malaysia menyumbangkan bantuan ubat-ubatan bernilai RM227,984.80 kepada Ukraine.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata sumbangan berkenaan diharap memberi impak besar ke arah pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Ukraine.

"Bantuan itu terdiri daripada tablet Levothyroxine Sodium100 mcg, Fentanyl Citrate, 50mcg/milililiter (ml) dalam suntikan 2ml, Amikacin 250mg/ml dalam suntikan 2ml dan suntikan Propofol 10mg/ml.

"Perkara ini hanya dapat dicapai melalui hubungan kukuh yang lama terjalin antara Malaysia dan Ukraine sepanjang tahun.


(Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa)

"Kedua-dua negara berkongsi hubungan baik selama 30 tahun dan telah bekerja rapat dalam bidang yang berbeza termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan, perkhidmatan udara dan lain-lain.

"Ia merupakan satu contoh terbaik strategik yang mempamerkan sifat kemanusiaan dan matlamat bersama demi keamanan dan keselamatan global", katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Penyerahan ubat-ubatan berkenaan diserahkan kepada wakil kedutaan Ukraine, Denys Mykhailiuk.

Media Baharu