KUALA LUMPUR, 1 Disember- Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Mohamad Alamin aka nmewakili Malaysia dalam Persidangan Kaherah Peringkat Menteri untuk Mempertingkatkan Respons Kemanusiaan di Gaza “Setahun Selepas Bencana Kemanusiaan di Gaza: Keperluan Yang Mendesak, Penyelesaian Berkekalan”, yang dijadual berlangsung esok di Kaherah, Mesir.
Persidangan Peringkat Menteri tersebut akan dianjurkan secara bersama oleh Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.
Wisma Putra menerusi satu kenyataan memaklumkan, persidangan tersebut akan menghimpunkan negara-negara anggota PBB, wakil-wakil agensi dibawah naungan PBB, organisasi serantau dan antarabangsa serta pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil bagi menangani krisis kemanusiaan di Gaza akibat operasi ketenteraan rejim Zionis Israel yang berterusan.
"Timbalan Menteri Luar Negeri akan menzahirkan kenyataan Malaysia dengan penekanan ke atas keperluan mendesak untuk tindakan global yang tegas, dan tumpuan kepada akses bantuan kemanusiaan, gesaan gencatan senjata yang segera dan kekal serta sokongan usaha damal yang mengiktiraf Palestin sebagal sebuah Negara berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
"Pada masa yang sama, beliau juga akan menzahirkan sokongan dan sumbangan berterusan Malaysia terhadap perjuangan Palestin.
"Penyertaan Malaysia ke persidangan tersebut menegaskan komitmen negara yang teguh terhadap perjuangan Palestin dan usaha Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara yang sehaluan dalam memperjuangkan keamanan yang berpanjangan di Asia barat yang seterusnya melangkaui rantau tersebut," menurut kenyataan Wisma Putra.