fb fb fb fb fb

Malaysia sedang teliti kehadiran ke sidang APEC

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia ketika ini sedang berhubung dengan negara Asia lain termasuk China.

Ia bagi mengetahui pendirian negara-negara terlibat sama ada mahu memboikot kehadiran pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat  bulan depan.

"Kita sekarang teliti APEC ini badan ekonomi Asia Pasifik. Jadi kita sekarang hubungi negara-negara Asia dan negara China tentang kedudukan mereka dan kita akan ambil keputusan selaras dengan pendirian rakan-rakan dan juga asia", kata Datuk Seri Anwar di Parlimen.
 
Perdana Menteri berkata, sebarang maklumat nanti membolehkan Malaysia mengambil keputusan seiring dengan ketetapan negara berkenaan.

Beliau menjawab pertanyaan dibangkitkan wakil Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad sama ada Malaysia bercadang untuk memboikot sidang APEC nanti sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

ROSLINA BINTI DIN