fb fb fb fb fb

Tiada keperluan naikkan OPR - PM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Kerajaan tidak bercadang menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) demi mengukuhkan kembali nilai ringgit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu hanya bakal membebankan golongan peniaga kecil.

Tambahnya, tiada keperluan berbuat demikian dengan mengambil kira penurunan kadar inflasi dan pengangguran serta peningkatan pelaburan negara.

"Sekarang tiada keperluan itu tapi kesan terhadap ringgit. Contohnya, semalam ringgit sudah meningkat naik. Hari ini, belum tahu. Ini adalah kerana tindakan Rizab Persekutuan (Fed) AS sebagai pelan jangka pertengahan dan panjang 'Dedollarisation', kurangkan kebergantungan terhadap dolar," kata Anwar di Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berhubung kejatuhan eksport yang memberi impak kepada nilai ringgit.

Jelasnya, amalan dedolarisasi menjadi langkah terbaik mengurangkan kebergantungan terhadap dolar Amerika.

Malaysia juga telah berbincang dengan Arab Saudi bagi memulakan langkah berkenaan sebagai pelan jangka panjang bagi memperkukuh nilai ringgit.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM