fb fb fb fb fb

Malaysia kekal pendirian kecam pencerobohan dan jenayah Israel - PM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Malaysia mengekalkan pendirian, menganggap pencerobahan haram Israel ke atas rakyat Palestin sebagai melanggar prinsip undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tidak akan tunduk dengan mana-mana pihak atau sebarang ugutan berkenaan isu Palestin.

"Kementerian Luar Negeri (KLN) ada menerima dua notis 'tata tindak' daripada Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Malaysia susulan pendirian Malaysia untuk tidak melabel Hamas sebagai pengganas.

Notis itu diterima masing-masing pada 13 Oktober lalu dan semalam. Mereka meminta semua negara untuk tidak meneruskan pendirian menyokong Hamas dan menganggap Hamas adalah sebuah badan pengganas," kata Anwar kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Beliau turut mendedahkan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah dipanggil Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana pendirian negara berhubung konflik Israel-Palestin.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM