
SHAH ALAM, 9 Jun – Kerajaan menyasarkan liputan liputan 5G mencapai 98 peratus dan 4G sebanyak 100 peratus di kawasan berpenduduk seluruh negara menjelang 2030.
- Liputan 5G kini sekitar 84 peratus, dan usaha mempergiat untuk memperluaskan capaian rangkaian.
- Teknologi 5G menawarkan kapasiti sambungan jauh lebih tinggi berbanding 4G dan WiFi.
- Sesuai untuk aplikasi automasi dan Internet Pelbagai Benda di gudang serta kilang.
- 5G Standalone membolehkan 'lebuh raya data' menghantar jumlah besar data antara mesin secara masa nyata; penyelesaian kini lebih mampu milik bagi PMKS.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, liputan 5G ketika ini mencapai kira-kira 84 peratus di seluruh negara, selain usaha terus dipergiat bagi memperluas capaian rangkaian itu.
“Teknologi 5G menawarkan kapasiti sambungan yang jauh lebih tinggi berbanding 4G dan WiFi.
“Ia sekali gus sesuai untuk aplikasi automasi dan Internet Pelbagai Benda (IoT) di gudang serta kilang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di CelcomDigi’s Advanced Intelligence Warehouse di sini, hari ini.
Datuk Fahmi berkata, teknologi 5G Standalone mampu merealisasikan konsep “lebuh raya data” dengan membolehkan sejumlah besar data dihantar antara mesin dan sistem pada kadar pantas secara masa nyata.
Katanya, teknologi itu kini semakin matang dengan penyelesaian yang lebih mampu milik dan mudah diakses perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).