fb fb fb fb fb

Malaysia sambut baik resolusi gencatan senjata, bantuan ke Gaza

Foto FB Dato' Setia Dr. Na'im

KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER- Kerajaan menyambut baik keputusan resolusi gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata keputusan resolusi yang dipersetujui 120 negara menerusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) itu adalah penting bagi membantu penduduk Palestin yang ditindas.

"Jadi kita sambut baik keputusan UNGA itu dan bagi rakyat di Malaysia ini sudah tentu kita ucapkan syabas dan tahniah kerana dilihat cakna dalam isu di Palestin. Masjid-masjid melakukan Qunut Nazilah untuk mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin ini diteruskan dan sumbangan kewangan perlu diteruskan. Cuma kita perlu memastikan agar sumbangan itu disalur ke saluran yang betul," kata Mohd Naim pada Lawatan Ke Pusat Agihan Zakat (PAZA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Titiwangsa di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat, Kuala Lumpur.

Mohd Naim menyeru semua masyarakat termasuk yang bukan Islam untuk lebih cakna dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa di Gaza.

Pada Jumaat lalu, satu Sidang Khas Tergempar ke-10 itu menyaksikan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera selain bantuan kemanusiaan serta perkhidmatan penting sampai ke Gaza tanpa sebarang halangan diluluskan oleh Perhimpunan Agung, dengan 120 undi menyokong, 14 negara menentang dan 45 negara tidak mengundi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM