fb fb fb fb fb

Malaysia raih kemenangan besar kes Sulu

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Disember – Malaysia meraih kemenangan besar apabila Mahkamah Rayuan Paris pada 9 Disember lepas membatalkan sepenuhnya 'Award Akhir' dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kejayaan itu disifatkan bukan sahaja sebagai kemenangan daripada sudut perundangan, malah turut menegaskan maruah, kedaulatan serta hak rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah.

Tegas Datuk Seri Azalina, keputusan mahkamah tersebut mencerminkan iltizam Kerajaan MADANI dalam mempertahankan negara berlandaskan prinsip undang-undang.

"Bagi pihak Sekretariat Khas War Room Sulu, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakan-rakan Kabinet Kerajaan MADANI, pasukan perundangan AGC (Jabatan Peguam Negara), Wisma Putra, BHEUU (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), JPM (Jabatan Perdana Menteri), serta semua agensi kerajaan yang berganding bahu dalam menjalankan amanah demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM