KUALA LUMPUR, 28 November -Malaysia terus mengukuhkan reputasinya sebagai destinasi pelancongan utama Asia selepas meraih dua pengiktirafan besar pada Top Asia Corporate Ball 2025.
Pada acara itu, Malaysia menerima anugerah “Asia’s Ultimate Shopping Paradise” dan “Asia’s Street-Food Capital”.
Pengiktirafan tersebut disampaikan kepada Tourism Malaysia yang diwakili Ketua Pengarah, Datuk Manoharan Periasamy.
Datuk Manoharan berkata, anugerah itu hadir tepat pada masanya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi mengangkat usaha berterusan negara dalam memartabatkan kecemerlangan pelancongan, hospitaliti, budaya dan pengalaman pelawat,” katanya.
Majlis sama turut mengiktiraf lebih 500 penerima anugerah dari pelbagai negara Asia.
Dalam kategori khas, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dipilih menerima Asia Legendary Lifetime Achievement.
Penyanyi legenda Indonesia, Datuk Seri Rossa turut diberi penghormatan menerusi anugerah Asia Legendary Music Icon.
Anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar kedua-dua figura tersebut dalam memartabatkan industri muzik serantau.