fb fb fb fb fb

Malaysia pilih pendekatan diplomatik hadapi tarif AS

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 April- Malaysia tidak akan tergesa-gesa membalas tindakan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), sebaliknya akan mengambil pendekatan berhati-hati dan diplomatik dalam menangani tarif berkenaan.

Jelas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata sebarang tindakan perlu berdasarkan kefahaman menyeluruh terhadap impak dan tarif tersebut.

"Dengan itu, kita akan pergi kepada Amerika Syarikat (AS) untuk berbincang secara baik untuk menggalakkan kefahaman yang lebih dalam isu ini.

Kita mencari jalan yang mana kita boleh dapat kan penyelesaian lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang. Tetapi, masa sekarang kita kata jangan panik. Jangan tergopoh-gopoh, kita buat cara betul," kata Datuk Seri Amir kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada pemberita pada Persidangan Pelaburan ASEAN 2025.

Tambah beliau, ASEAN perlu memperluas jaringan perdagangan dengan membuka peluang kerjasama baharu bersama negara-negara Amerika Latin dan Selatan.

Sebelum ini, Penasihat Ekonomi White House menggesa negara-negara yang mahu mengelak tarif balas tinggi supaya mengemukakan tawaran kepada Presiden Donald Trump.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM