fb fb fb fb fb

Malaysia perkukuh kerjasama jenayah siber

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Malaysia kini dalam fasa terakhir untuk menyertai Konvensyen Budapest yang dijadual dimeterai, Oktober ini di Vietnam.

Ia bakal memfokuskan kerjasama dalam penyiasatan jenayah siber, pengumpulan bukti digital dan ekstradisi pelaku jenayah berkenaan.

"Malaysia akan menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan jenayah siber bagi memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam aspek siasatan, pertukaran bukti digital dan ekstradisi pelaku jenayah siber.

"Usaha ini turut merangkumi perkongsian maklumat dan risikan bersama agensi antarabangsa seperti Interpol dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI)," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Kampar, Chong Zhemin mengenai langkah Kementerian meningkatkan tahap keselamatan digital rakyat.

Mengulas lanjut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut melaporkan sebanyak 46,086 kertas siasatan dibuka melibatkan pelbagai kesalahan jenayah siber sepanjang 2024.

Ini melibatkan Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Daripada jumlah itu, sebanyak 49 peratus kes pendakwaan berjaya diselesaikan.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN