
KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Kementerian Pertahanan sentiasa memantau perkembangan geopolitik di Asia Barat bagi memastikan keselamatan perdagangan dan kedaulatan negara terus terpelihara.
- Konflik Asia Barat boleh memberi impak melangkaui sektor tenaga, termasuk aspek pertahanan dan keselamatan.
- Malaysia menggunakan platform ADMM untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau.
- Kerjasama merangkumi pelbagai peringkat, latihan ketenteraan bersama dan usaha memastikan keselamatan laluan maritim strategik seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, meskipun konflik di rantau itu berlaku jauh dari Malaysia, perkembangannya berpotensi memberi kesan melangkaui sektor tenaga, termasuk aspek pertahanan dan keselamatan.
Beliau berkata, Malaysia memanfaatkan platform Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau.
“Malaysia memanfaatkan platform Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau.
“Kerjasama itu turut melibatkan pelbagai peringkat, bukan sahaja antara menteri, malah anggota pertahanan negara anggota ASEAN bagi memperkukuh koordinasi dan perkongsian maklumat.”
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurutnya, pendekatan berkenaan membolehkan negara anggota melaksanakan latihan ketenteraan bersama serta meningkatkan kerjasama bagi memastikan keselamatan laluan maritim strategik, termasuk Selat Melaka dan Laut China Selatan.