fb fb fb fb fb

Malaysia Madani pacu Malaysia ke arah lebih baik

PUTRAJAYA, 20 Januari- Konsep Malaysia Madani diyakini tidak membataskan jalinan kerjasama positif ke arah tadbir urus yang baik demi mengatasi korupsi.

Malah ketua-ketua kerajaan negeri yang berlainan ideologi politik turut terbuka untuk sama-sama merancakkan pembangunan negara dan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengajak orang ramai bersama-sama mengamalkan konsep ini bagi membina masa depan negara ke arah lebih baik.

"Orang ramai termasuk pemimpin-pemimpin di peringkat penjawat awam, menteri besar yang bukan terdiri daripada kerajaan gabungan diminta bersama-sama mengamalkan konsep Malaysia Madani. Konsep ini ke arah perubahan yang lebih baik," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pula berkata konsep diperkenalkan ini perlu difahami semua pihak.

"Perkara penting bagi saya ialah pelaksanaannya. Ia perlu difahami semua pihak terutamanya pembuat dasar dan jentera-jentera kerajaan. Itu cabaran terbesar kita dalam melaksanakan dasar-dasar baharu," katanya.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu