fb fb fb fb fb

Ekonomi Sarawak berada jauh ke hadapan - PM

KUCHING, 20 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ekonomi Sarawak berada jauh ke hadapan berbanding negeri-negeri lain.

Katanya, ia menerusi usaha Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta barisan pemimpin negeri dalam memperkenalkan dasar-dasar ekonomi digital serta ekonomi hidrogen hijau.

Anwar juga tidak menafikan bahawa Sarawak kini muncul sebagai salah sebuah negeri yang paling gagah di Malaysia.

"Saya tentunya meletakkan harapan yang tinggi kerana ekonomi Sarawak di tahap yang baik.Terdapat negeri yang memohon bantuan kerajaan Persekutuan kerana tidak mempunyai sumber kewangan lain.Tetapi di Sarawak ini banyak projek dikendalikan sendiri oleh kerajaan negeri, antaranya projek pendidikan dan kesihatan," katanya kepada pemberita di sini.

Tambah Anuar, Sarawak merupakan salah satu perkara utama yang dibincangkan bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo baru-baru ini.

Katanya, kedua-dua pemimpin negara jiran itu menunjukkan keinginan untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan dengan Sarawak.

Beliau telah memberikan sokongan penuh terhadap perkara tersebut.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu