fb fb fb fb fb

Malaysia Madani bakal jadi panduan masyarakat

BANDAR HILIR, 17 Januari- Kementerian Perpaduan Negara akan memperluas dan memperkasakan program-program yang menyokong konsep Malaysia Madani seperti yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, konsep baharu itu bertujuan membentuk masyarakat bertamadun pada masa hadapan, selain dijangka bakal menjadi slogan baharu Kerajaan Perpaduan.

Pelbagai program bakal dirangka demi menyokong konsep berkenaan agar menjadi panduan setiap lapisan masyarakat.

“Program Malaysia Madani juga memberi tumpuan ke arah membentuk satu masyarakat masa depan yang ideal, bertamadun, menghormati antara satu sama lain, menggunakan norma-norma baharu agar kita dapat bergaul dan bekerjasama walaupun berbeza bangsa, agama, bahasa dan budaya,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

(Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang)

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan dan Amanat Bersama Menteri Perpaduan Negara dan Lawatan ke Muzium Seni Bina yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Datuk Noridah Abdul Rahim.

Media Baharu