fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid Sri Sendayan

SEREMBAN, 17 Januari- Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sri Sendayan di sini, malam tadi.

Seri Paduka yang tiba pada pukul 6.30 petang diiringi anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah turut bersama-sama jemaah mendengar kuliah Maghrib bertajuk 'Sifat Mementingkan Diri Sendiri' disampaikan Ustaz Shaifudin Maulup.

Tunku Azizah turut meluangkan masa melihat keindahan seni bina masjid berkenaan dengan disertai pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB Tan Sri Abd Rashid Hussain, iaitu individu yang mewakafkan Masjid Sri Sendayan.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah)
berkenan mendengar penerangan dari pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB Tan Sri
Abd Rashid Hussain (kanan) mengenai seni reka bentuk masjid ketika berangkat tiba bagi
melawat sekitar Masjid Sri Sendayan.

Masjid yang terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dengan kos lebih RM100 juta itu merupakan hasil seni dan arkitek yang hampir sepenuhnya dibawa dari luar negara termasuk Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

Pemandangan dan suasana mempesonakan terutama menjelang senja di masjid berkenaan menjadi tumpuan orang ramai yang mengagumi keunikan rekaan bangunan yang dibina sejak 2015 itu.

Media Baharu